More
    Home Sarawak Kuching Kajian untuk menggabungkan empat agensi di bawah MUT penting untuk meningkatkan urus...

    Kajian untuk menggabungkan empat agensi di bawah MUT penting untuk meningkatkan urus tadbir utiliti dan air di Sarawak-Julaihi

    KUCHING, 31 OKTOBER 2022 (SNN): Satu Jawatankuasa pemandu telah ditubuhkan di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) bagi menjalankan kajian secara mendalam penggabungan empat entiti agensi di bawah MUT dalam jangka masa dua tahun ini.

    Menterinya, Datuk Julaihi Narawi berkata, usaha menggabungkan keempat-empat agensi kepada satu entiti@one entity adalah penting dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan urus tadbir yang mampan pada masa akan datang.

    “Penggabungan agensi di bawah MUT seperti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan LAKU Management ini merupakan ‘massive exercise’.

    “Dalam masa terdekat ini jawatankuasa pemandu yang telah ditubuhkan akan bermesyuarat sedikit masa lagi dan ianya amat penting kerana melibatkan semua jurutera/pegawai/kakitangan dari semua lapisan jawatan kesemua agensi terlibat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Sukan Bekalan Air Sarawak (SBAS) baru-baru ini.

    Tahniah KWB kerana muncul sebagai juara pada Kejohanan SBAS 2022

    Mengenai penganjuran SBAS, Julaihi menyerus agar kerjasama yang ditunjukkan dalam kejohanan itu harus dipupuk dan dikekalkan kerana ia merupakan landasan awal kerjasama semua agensi yang terlibat apabila digabungkan menjadi atu entiti kelak.

    Tambah beliau, struktur satu entiti ini nanti banyak bergantung kepada hasil kajian dan recommendation yang diterima serta suara dan pandangan dari semua pihak juga akan diambil kira.

    Untuk rekod, kejohanan kali ini menyaksikan KWB muncul sebagai juara keseluruhannya dan Datuk Julaihi menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua agensi yang terlibat serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

    Turut hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti); Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Pemangku Setiausaha Tetap MUT; Syed Fauzi Sahab dan kesemua Ketua Jabatan/Agensi JBALB, KWB, SWB dan LAKU Management.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...