More
    Home Sarawak Kuching Kadar Zakat Fitrah bagi negeri Sarawak tahun ini adalah RM7.50 seorang

    Kadar Zakat Fitrah bagi negeri Sarawak tahun ini adalah RM7.50 seorang

    KUCHING, 10 MAC 2024: Majlis Islam Sarawak (MIS) telah menetapkan kadar zakat fitrah tahun ini berjumlah RM7.50 sahaja untuk seorang.

    Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Mejar (K) Abang Mohd. Shibli Abang Mohd Nailie berkata kadar tersebut meningkat sebanyak RM0.50 berbanding tahun lalu iaitu RM7.00.

    Menurutnya, bayaran zakat fitrah boleh dilakukan bermula 1 Ramadan kepada TBS sama ada secara fizikal mahupun online atau kepada amil bertauliah yang dilantik.

    “Beberapa kaedah yang boleh kita gunakan, antaranya kita banyak saluran-saluran lain yang boleh membayar zakat fitrah.

    “Kadar zakat fitrah pada tahun ini ada naik sedikit daripada RM7 ke RM 7.50 seorang, jadi kadar ini telah mendapat kelulusan daripada mufti dan mesyuarat MIS dan telah dipersetujui oleh pihak pemerintah untuk kita meneruskan pada kadar RM7.50 dan kadar ini tidak jauh beza dengan negeri-negeri lain di Malaysia,” ujarnya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selasai Majlis Penyerahan Bantuan Back To School Dan Sidang Media Kadar Zakat Fitrah Sarawak 2024 di Galeri Ummah Distribution Centre (UDC) pada Sabtu.

    Kadar bayaran zakat fitrah yang ditetapkan oleh MIS bagi tahun 2024-info grafik TBS

    Datu Abang Mohd Shibli dalam pada itu mengingatkan orang ramai untuk menunaikan tanggungjawab itu seawal yang mungkin.

    “RM7.50 ini bagi saya adalah satu kadar yang mampu untuk masyarakat Islam kita membayar, jadi tunaikanlah tanggungjawab itu seawal yang mungkin bermula daripada satu Ramadan sehingga hari terakhir Ramadan.

    “Kalau bolehlah supaya dapat memudahkan para amil yang mengutip daripada masyarakat mudah mereka untuk menyimpan dan menghantar kepada pihak kami kutipan-kutipan tersebut,”ujarnya.

    Untuk rekod seramai 788 amil seluruh negeri Sarawak yang telah ditauliahkan.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...