More
    Home Sarawak Kuching Julaihi mahu syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi melabur serta meluaskan liputan mereka ke...

    Julaihi mahu syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi melabur serta meluaskan liputan mereka ke kawasan luar bandar.

    KUCHING, 26 FEBRUARI 2022 (SNN) : Penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti syarikat Telekom Malaysia (TM), CELCOM, DIGI, MAXIS dan U-Mobile digesa melabur dan meluaskan liputan mereka ke kawasan luar bandar di seluruh Sarawak.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, ini akan memberi manfaat bersama kepada penyedia perkhidmatan dan rakyat Sarawak dalam usaha menyediakan jaringan telekomunikasi yang meluas serta dicapai 100% seluruh negeri.

    “Telco telah menyediakan perkhidmatan mereka di kawasan bandar dan pinggir bandar. Kami kini menggesa mereka untuk melabur di kawasan luar bandar juga.

    “Hal ini disebabkan dalam jangka masa panjang, mereka akan mendapat faedah selain ia akan memberi kebaikan untuk mereka dan rakyat Sarawak secara keseluruhan, jadi ia adalah situasi menang-menang.”

    Julaihi berkata demikian pada sidang media selepas sesi perjumpaan dengan agensi telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan di sini semalam.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi bersama Menteri Muda bergambar bersama agensi penyedia perkhidmatan telekomunikasi selepas mengadakan sesi perbincangan khas, semalam.

    Mengenai sesi penglibatan, beliau menyatakan bahawa kerjasama dalam kalangan semua pihak berkepentingan adalah penting untuk memastikan manfaat maksimum untuk rakyat Sarawak.

    Beliau menegaskan bahawa kerjasama yang baik akan memudahkan pencapaian sasaran liputan rangkaian penuh di Sarawak menjelang 2025.

    “Sesi penglibatan itu adalah salah satu usaha kita untuk memperkukuh kerjasama antara kementerian dengan agensi telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan.

    “Dalam sesi itu, pelbagai input dan cadangan mengenai langkah-langkah dalam menyediakan ketersambungan di Sarawak telah diketengahkan. Selain itu, cabaran dan isu yang dihadapi oleh agensi dan penyedia perkhidmatan turut dibincangkan,” tegasnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...