More
    Home Sarawak Kuching Julaihi harap pembinaan sekolah gantian penuh SMK Sebuyau tidak ditangguhkan lagi

    Julaihi harap pembinaan sekolah gantian penuh SMK Sebuyau tidak ditangguhkan lagi

    KUCHING, 10 OGOS 2024 (SNN): Setelah beberapa tahun penantian projek pembinaan sekolah gantian penuh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau kini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan tender bagi pelaksanaan projek tersebut.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri julaihi Narawi dalam kenyataannya memberitahu, beliau amat berbesar hati atas pengumuman tender pembinaan sekolah gantian penuh SMK Sebuyau berkenaan dan berharap ianya benar-benar dilaksanakan dan tidak tertangguh lagi.

    Katanya, selain pembinaan sekolah terbabit turut dibincangkan juga adalah bagi membaikpulih sekolah-sekolah lain yang berada di bawah kawasan DUN Sebuyau seperti SK Tuanku Bagus, SK Hj Bujang, Sebangan termasuk beberapa sekolah lain yang harus diberi perhatian.

    “Setelah berbincang dan memaklumkan dengan pihak Pengarah Pendidikan Sarawak bersama Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak saya mengharapkan pelaksanaannya dapat menjadi realiti,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama agensi Kementerian Pendidikan Malaysia dan JTS di Pejabat Kementerian MUT, pada Khamis.

    Dato Sri Julaihi merakam gambar selepas mempengerusikan mesyuarat di pejabat kementeriannya-foto FB Julaihi Narawi

    Dalam perkembangan yang sama, Dato Sri Julaihi turut menyampaikan taklimat mengenai kemudahan utiliti khususnya mengenai bekalan air dan elektrik yang sewajar diuruskan serentak dengan pembinaan fizikal bangunan mana-mana sekolah di Sarawak berbanding dengan keadaan yang dijadualkan di penghujung jadual oleh JKR.

    Ujarnya, beliau menggesa agar pihak JKR menyemak semula jadual penyiapan kemudahan utiliti agar boleh diguna sebaik siapnya sekolah berkaitan dan tidak tertangguh.

    Turut hadir sama Pengarah Pendidikan Sarawak; Datu Dr Hj Azhar Hj Ahmad, Penguasa Tanah & Survei Bahagian Samarahan; Mohamad Zunica serta pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pendidikan Sarawak, Jabatan Pembangunan Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...