More
    Home Malaysia Julaihi harap lebih ramai anak muda di Sebuyau sertai dan mempelajari seni...

    Julaihi harap lebih ramai anak muda di Sebuyau sertai dan mempelajari seni silat

    SEBUYAU, 12 OGOS 2023 (SNN): Seni silat atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri merupakan imej jati diri bagi masyarakat Melayu di rantau Asia Tenggara sejak dulu lagi yang terpecah kepada dua versi iaitu Silat Melayu dan Pencak Silat.

    Sehingga kini, masih banyak pertubuhan-pertubuhan silat aktif mengajarkan seni silat demi memastikan seni budaya itu kekal hidup seiring dengan peredaran zaman.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi yang turut prihatin bagi memastikan salah satu pertubuhan seni silat di Sebuyau kekal hidup telah menyampaikan geran kepada persatuan itu sebagai usaha memastikan pertubuhan itu terus memperkasakan, mengembangkan seni silat.

    Datuk Julaihi menyerahkan geran kepada ketua dan guru silat, saudara Zakaria Taha.

    Katanya, usaha ini turut diharap dapat membantu pertubuhan berkenaan untuk menarik lebih ramai lagi penyertaan terutama anak muda di kawasan Sebuyau demi kemajuan seni silat tempatan di masa akan datang.

    “Insha Allah saya akan terus membantu dan memberi bantuan kepada pertubuhan-pertubuhan yang memberi manfaat kepada anak bangsa seperti yang saya lakukan sebelum ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...