More
    Home Sarawak Kuching Julaihi gesa Kerajaan Pusat percepatkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sarawak

    Julaihi gesa Kerajaan Pusat percepatkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sarawak

    KUCHING, 06 JULAI 2024 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi menggesa Kerjaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk mempercepat pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sarawak susulan banyak projek yang kini masih belum terlaksana.

    Menurut beliau dalam satu kenyataan, hal ini susulan daripada laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini yang menyatakan kelemahan pengurusan dalam Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sabah dan Sarawak, menyebabkan banyak projek masih gagal mencapai objektif menyediakan air bersih untuk penduduk luar bandar.

    “Kesemua proses pra-kontrak yang merangkumi urusan pelantikan perunding, makmal pengurusan nilai, pelawaan tender, penilaian tender, penganugerahan kontrak dan pelantikan kontraktor adalah diuruskan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan melalui KKDW namun banyak projek lewat dilaksanakan kerana karenah birokrasi dan prosedur yang panjang.

    “Sebagai contoh, sebanyak 12 projek BALB yang diluluskan antara tahun 2016 hingga 2018 mengambil masa yang agak lama dan pelaksanaannya masih belum bermula seperti yang telah dilaporkan dalam laporan audit tersebut.

    “Ingin saya tekankan di sini, proses pra-kontrak seperti yang dinyatakan tadi dikendalikan sepenuhnya oleh KKDW dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak hanya terlibat dalam pengawasan projek tersebut,” jelas beliau dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

    Kenyataan media YB Dato Sri Julaihi Narawi pada Jumaat

    Tambahnya lagi, isu kelewatan pelaksanaan projek BALB biayaan Kerajaan Persekutuan melalui KKDW pernah dibangkitkan dan dijelaskan beberapa kali semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada November 2023 dan Mei 2024.

    Ujar beliau lagi, kelewatan ini telah menyebabkan projek yang dirancang tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Bekalan Air dan Grid Air Sarawak sekali gus telah memberi kesan kepada rakyat Sarawak yang telah lama menunggu bekalan air di kawasan masing-masing.

    Justeru, Dato Sri Julaihi menyarankan agar peruntukan projek BALB di bawah KKDW disalurkan terus kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak sebagai agensi pelaksana dengan menggunapakai tatacara dan prosedur pelaksanaan projek Kerajaan Sarawak.

    “Ini bagi mengurangkan karenah birokrasi dan prosedur yang panjang sekaligus dapat mempercepatkan pelaksanaan projek agar rakyat Sarawak dapat menikmati bekalan air seperti yang telah dirancang,” tegas beliau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...