KUCHING, 03 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan penambahan beberapa lokasi ujian saringan Covid-19 di sekitar Kuching.
Berikut merupakan beberapa lokasi penambahan untuk ujian saringan Covid-19 yang diumumkan JPBN bagi mengurangkan kesesakan di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MKBS). Dua kawasan MKBS melibatkan Dewan Suarah MBKS dan Klinik Keishatan Tanah Puteh.
Manakala dua kawasan di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dibuka di Stadium Sarawak dan Klinik Kesihatan Jalan Masjid. Bagi kawasan di bawah Majlis Perbandaran Padawan pula terdapat tiga lokasi dibuka iaitu Dewan SJK Chung Hua Lorong 5 Batu Kawa, Klinik Kesihatan Braang Bayur dan Dewan Bola Keranjang Kota Sentosa (bermula Jumaat).
Orang ramai boleh datang di setiap lokasi berkenaan tanpa temu janji atau secara (walk-in) bermula pada jam 8 hingga 5 petang setiap hari.