KUCHING, 18 September 2019 (SNN)- Jerebu yang berterusan hari ini menyebabkan sebanyak 337 buah sekolah masih ditutup hari ini, melibatkan 56 sekolah menengah dan 281 sekolah rendah di Sarawak.
Penutupan tersebut membabitkan 85 sekolah di sekitar daerah di Sarawak membabitkan kawasan Padawan (85), Betong (55), Bau (44), Sri Aman (41), Lundu (24) manakala Lubok Antu, Samarahan dan Kanowit masing-masing satu sekolah.
Menurut Pengarah Pendidikan Sarawak Dr Azhar Ahmad, penutupan semua sekolah berkenaan melibatkan jumlah murid seramai 138,384 orang.
“Pihak sekolah diingatkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa serta memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan melalui pelbagai kaedah dan pendekatan sepanjang tempoh sekolah ditutup,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sumber : PP Sarawak