More
    Home Malaysia Jelajah Program Pemimpin Bersama Rakyat platform mendengar permasalahan penduduk di kawasan luar...

    Jelajah Program Pemimpin Bersama Rakyat platform mendengar permasalahan penduduk di kawasan luar bandar.

    SEBUYAU, 08 NOVEMBER 2022 (SNN): Pelaksanaan program Pemimpin Bersama Rakyat adalah salah satu inisiatif pucuk pimpinan kerajaan untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi selain mendengar permasalahan yang diutarakan rakyat pada sesi berkenaan.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, ia merupakan platform untuk penyampaian maklumat berkaitan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan serta faedah-faedah yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.

    Beliau ketika berucap memberitahu, kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai kemudahan serta pembangunan di kawasan Sebuyau.

    “Pelbagai kemudahan telah dinikmati oleh penduduk tempatan termasuk aspek telekomunikasi di mana banyak menara telah dibangunkan untuk meningkatkan lagi ketersambungan di sini,” jelasnya ketika hadir di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong di sini pada Isnin.

    Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu turut menggesa masyarakat Sebuyau khasnya agar sentiasa memberi sokongan kepada pucuk pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menjamin pembangunan yang berterusan di Sebuyau dan juga kawasan Parlimen Batang Lupar.

    Dalam majlis tersebut, beliau turut berkesempatan memperkenalkan Pegawai Daerah Sebuyau yang baharu, AyuRadiman Bujang serta calon GPS bagi Parlimen Batang Lupar, Mohd Shafizan Kepli kepada penduduk tempatan.

    Rombongan Datuk Julaihi bersama calon P.201 Batang Lupar singgah di RTC Sampat menyantuni belia di kawasan itu.

    Seterusnya, rombongan bergerak ke Kampung Sampat menyantuni belia dalam satu perjumpaan santai di RTC Sampat@Medan Niaga Sampat sebelum bergerak meninjau status terkini projek bekalan air Pakej 3A di Sebangan.

    “Projek Pakej 3A ini akan membekalkan air terawat yang sumbernya terus dari loji di Batu Kitang untuk penduduk di sekitar Seruyuk, Sg Ladong, Segali dan sekitarnya dengan kapasiti 2.7 ML,” jelas beliau.

    Turut hadir sama ialah ADUN Beting Maro; Razaili Gapor, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak; Ir. Chang Kuet Shian serta Ketua Masyarakat Kampung Sungai Ladong; Ili Saini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...