More
    Home Sarawak Kuching JBPM Sarawak siap sedia hadapi Peralihan Monsun Timur Laut

    JBPM Sarawak siap sedia hadapi Peralihan Monsun Timur Laut

    KUCHING, 02 OKTOBER 2021 (SNN) : Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak telah mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak untuk bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut.

    Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman@Hussain berkata, pihaknya telah diarahkan berkolaborasi dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam semua aktiviti termasuk latihan simulasi gerakan bencana.

    “Kita telah mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu lepas untuk kita berkolaborasi dengan polis sebagai insiden komander dan kita (Bomba) sebagai kor komander untuk menyelaraskan aktiviti.

    “Untuk itu, semua pegawai dan ketua balai serta zon akan berkolaborasi dengan pihak polis bagi menghadapi Monsun Timur Laut ini termasuklah penyediaan bekalan makanan kepada mangsa banjir bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khususnya di kawasan hulu dan pedalaman,” katanya dalam Sidang Media Persiapan Menghadapi Monsun Timur Laut Tahun 2021/22 di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Sarawak pada Jumaat.

    Dalam pada itu, Khirudin turut memaklumkan operasi banjir yang telah dilaksanakan pada awal 2021 telah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tidak ada wujudnya kluster-kluster baru COVID-19.

    Khirudin bersama dengan anggota JBPM Sarawak telah memperagakan peralatan dan kemudahan Bomba yang akan digunakan dalam operasi Monsun Timur Laut pada tahun ini

    Pada sidang media sama, Pengarah JPBN Sarawak itu turut menjelaskan pihaknya telah memperkemaskan kawasan pendaratan pesawat yang akan digunakan untuk kerja memindah dan menghantar bekalan selain kerja-kerja mencari dan penyelamat (SAR). Sebanyak 38 kawasan landing point telah dikenal pasti termasuk yang paling jauh di Long Semadoh.

    “Pada masa sama kita akan memperkemaskan landing point pesawat kita dan telahpun membuat dan menyelenggara landing-landing point seperti memperkemaskan pokok, daun dan kawasan rumah yang berdekatan terutama sekali di kawasan hulu,” ujarnya lagi.

    Ini termasuklah kawasan Mulu yang dibantu oleh 10 anggota Mountain Cave Search and Rescue (MOCSAR) yang bertindak menyelenggara 4 landing point di Gunung Mulu.

    Ujar Khirudin lagi, semua maklumat berkaitan operasi dan pemantauan banjir boleh didapati dengan mengakses Facebook dan Pusat Gerakan Operasi Bomba. Bagi pemantauan banjir dan kawasan, semua maklumat ini kita akan kongsikan bersama dengan masyarakat.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...