SEBUYAU, 30 MAC 2021 (SNN) : Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Daerah Kecil Sebuyau perlu kekalkan budaya amalan gaya hidupbyang sihat serta bebas daripada masalah penyalahgunaan dadah terutama dalam kalangan golongan belia.
Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, komuniti setempat memainkan peranan yang penting dalam menuampaikan mesej untuk mempupuk kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dalam kehidupan seharian.
“Melalui pelaksanaan program seminar yang dianjurkan hari ini bertujuan memberitahu para ibu-bapa supaya tahu akan tanggungjawab bersama dalam usaha memerangi masalah dadah yang semakin mengancam terutama kepada golongan belia dan anak2 kerana isu penyalahgunaan dadah ini perlu ditangani secara bersama yang menuntut komitmen semua pihak.
“Tidak hanya itu, penganjuran seminar seperti ini turut menggalakkan masyarakat dan keluarga melibatkan diri dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti amalan pemakanan yang sihat, bersukan dan sebagainya,” kata beliau semasa berucap dalam Program Seminar Keluarga ‘Keluarga Bersedia’ di Dewan Serbaguna Sebuyau pada Ahad.
Dalam masa yang sama, Datuk Julaihi turut menasihati generasi muda hari ini agar membuat keputusan yang bijak dalam pergaulan dan sebolehnya elakkan diri dengan melibatkan dengan sebarang masalah sosial yang pada hari ini banyak melibatkan anak-anak muda terutama bawah umur.
Hadir sama Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak, Wan Madihi Wan Salleh, Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap dan Pegawai Tadbir Sarawak, Sebuyau, Ajis Ahmad.