More
    Home Sarawak Kuching Jangan terpengaruh dengan anasir luar, biar orang Sarawak sendiri bantu orang Sarawak-Ketua...

    Jangan terpengaruh dengan anasir luar, biar orang Sarawak sendiri bantu orang Sarawak-Ketua Menteri

    KUCHING, 31 OGOS 2021 (SNN) : Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menasihati rakyat Sarawak agar tidak terpengaruh serta membawa masuk budaya dari luar melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tertentu yang boleh menggugat kestabilan sosial dan politik negeri ini.

    Tambah beliau, orang luar atau orang bukan tinggal di negeri ini yang cuba mempengaruhi serta memecahbelahkan perpaduan kaum di Sarawak dengan pelbagai alasan tidak akan bersama dengan negeri ini sehingga ke penghujungnya. Hanya kita sesama rakyat Sarawak sahaja yang akan saling membantu sesama diri kita sendiri.

    “Di bawah kepimpinan saya dalam Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengamalkan konsep keterbukaan untuk membincang secara telus dan ikhlas dengan mana-mana pihak bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi demi kepentingan rakyat dan negeri ini.

    “Lebih-lebih lagi negara kini khususnya di negeri Sarawak masih berdepan dengan musuh yang tidak nampak di mata kasar iaitu wabak Covid-19 yang masih mengganas sehingga menghuru-harakan negara termasuklah kestabilan politik dan kseihatan rakyat,” jelas beliau semasa dalam perutusan Sempena Hari Kebangsaan ke-64.

    Jelasnya, Beliau mewakili seluruh rakyat Sarawak ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan barisan hadapan khasnya di negeri ini kerana telah bertungkus-lumus dan bekorban dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang sudah masuk tahun kedua melanda negara.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...