More
    Home Sarawak Kuching Jangan menyalahgunakan hari penuh bersejarah Sarawak '22 Julai'-Sanib

    Jangan menyalahgunakan hari penuh bersejarah Sarawak ’22 Julai’-Sanib

    KUCHING, 22 JULAI 2024 (SNN): Semasa kita memperingati Hari Sarawak setiap 22 Julai, adalah penting untuk kita merenung dengan tepat tentang kepentingan hari bersejarah ini dan malangnya sesetengah kumpulan tertentu baru-baru ini menyalahtafsir sejarah ini untuk agenda mereka sendiri.

    Ahli Sejarawan Sarawak, Datu Dr Sanib Said dalam kenyataan beliau menyatakan kekecewaan terhadap sesetengah kumpulan apabila mereka memperjuangkan paparan bendera kolonial lama dari era Brooke 1870 semasa hari perayaan kita disambut.

    Bahkan tindakan sesat itu juga turut mendapat kritikan dari Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sri Abdul Karim Abdul Rahman Hamzah yang menyifatkan tindakan berkenaan berpunca daripada kekeliruan dan kejahilan sekaligus meminta mereka untuk menyemak semula buku sejarah.

    Tambah kenyataan itu lagi, Kerajaan Sarawak sudahpun mengingatkan kita bahawa 22 Julai mempunyai makna yang sangat besar dalam sejarah Sarawak sebagai tanda pada hari terbabit pada tahun 1963 Sarawak telah mencapai pemerintahannya sendiri yang membawa makna ke arah menuntut semula kemerdekaan negeri ketika itu.

    “Detik penting itu juga turut menyaksikan pelantikan Dato Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri pertama, bersama barisan ahli kabinetnya memulakan era pemerintahan oleh rakyat Sarawak sendiri selepas lebih satu abad di bawah pemerintahan British, pertama melalui Brookes dan kemudian sebagai Koloni Mahkota.

    “Oleh itu, Hari Sarawak wajar disambut dengan menghormati serta mengenang sumbangan Dato Stephen Kalong Ningkan dan kabinetnya, sebagai memperingati satu peristiwa penting dalam perjalanan kita ke arah penentuan nasib sendiri,” kata kenyataan itu lagi.

    Malangnya tambah beliau lagi, presiden SAPA dan kumpulan tertentu, seperti Pergerakan Pembebasan Sarawak yang tidak berdaftar telah memutarbelitkan sejarah ini dengan mempromosikan simbol penjajahan.

    Tegasnya, tindakan mereka itu bukan sahaja salah maklumat tetapi juga berisiko menjejaskan semangat sebenar Hari Sarawak, membahayakan warisan bersama kita. Janganlah kita biarkan kekeliruan dan penyalahgunaan sejarah menyelubungi perayaan penuh bermakna ini.

    “Sebaliknya, marilah kita bersatu dalam mengingati dan menghormati makna sebenar 22 Julai, hari yang melambangkan kemajuan kita sebagai rakyat dan negeri,” ujar beliau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...