More
    Home Sarawak Limbang Jambatan Sungai Limbang tingkatkan sosioekonomi penduduk setelah siap penghujung Oktober 2022 kelak-Ketua...

    Jambatan Sungai Limbang tingkatkan sosioekonomi penduduk setelah siap penghujung Oktober 2022 kelak-Ketua Menteri

    LIMBANG, 17 MAC 2021 (SNN) : Projek pembinaan Jambatan Sungai Limbang yang akan menghubungkan serta memendekkan jarak perjalan ke Negara Brunei Darussalam dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung Oktober 2022 nanti. Projek itu juga kelak akan meningkatkan sistem jaringan serta sosioekonomi masyarakat disekitar apabila akan menghubungkan lapan buah kampung yang terletak di seberang Sungai Limbang itu.

    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, pihaknya telah mengarahkan satu pasukan ‘task force’ yang terdiri daripada Brooke Dockyard dan Jabatan kerja Raya (JKR) Limbang untuk menyusun semula program kerja bagi pelan pemulihan projek atas faktor kelewatan pembinaan jambatan berkenaan akibat pandemik Covid-19.

    ‘Task force’ yang ditugaskan untuk meneliti dan menangani masalah projek pembinaan jambatan ini akan menggunakan formula yang kita sendiri rancangkan dan ianya diharapkan bakal mempercepatkan pembinaan semula jambatan berkenaan.

    Dari itu, kita akan melantik dua kontraktor untuk membangunkan semula projek berkenaan. Ini bermakna kelewatan projek berkenaan kelak dapat diatasi dengan adanya tiga organisasi yang terlibat dan dapat disiapkan mengikut jadual pembinaannya.

    Beliau berkata sedemikian semasa berucap selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Jambatan Sungai Limbang pada Selasa.

    Dalam majlis yang sama, Ketua Menteri turut meluluskan Projek Pembinaan Jqlan Simpang Bukit Sagan ke Ulu Kubai sepanjang 13 Kilometer yang akan memberi manfaat kepada empat buah rumah panjang, sekolah dan klinik di kawasan terbabit.

    Turut hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Stephen Rundi Utom, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...