More
    Home Lain-lain Jambatan Rambungan dijangka siap sepenuhnya Jun 2024 ini walaupun mengalami sedikit kelewatan...

    Jambatan Rambungan dijangka siap sepenuhnya Jun 2024 ini walaupun mengalami sedikit kelewatan akibat PKP-Aidel Lariwoo

    LUNDU, 18 MAC 2022 (SNN) : Kerja-kerja pembinaan jambatan Batang Rambungan yang akan menghubungkan daerah Lundu dengan pusat bandar raya Kuching berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2024.

    Timbalan Menteri Infrastruktur Ir. Aidel Lariwoo berkata, setakat ini kerja-kerja pembinaan projek sakit yang bernilai RM98.49 juta ini telah mencapai 19.28 peratus kemajuan dengan kelewatan sebanyak 35 peratus.

    “Dalam masa yang sama pihak kontraktor dilantik juga telah memohon lanjutan tempoh masa (EOT) bagi kerja-kerja pembinaan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas selain menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja (pekerja asing) dan masalah teknikal pada jeti ketiga dan jeti keempat projek berkenaan.

    “Secara keseluruhannya projek ini turut melibatkan laluan sepanjang 1.37 kilometer (km) termasuk jalan dari Kuching dan Lundu dengan panjang jambatan sahaja 560 meter,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri taklimat kemajuan terkini Projek Jambatan Rambungan, di sini, hari ini.

    Timbalan Menteri Infrastruktur melawat tapak projek selepas menghadiri taklimat bersama kontraktor dan wakil JKR.-FB YB Aidel Lariwoo.

    Pada masa yang sama, Aidel yang juga ADUN Sadong Jaya menambah, sebaik sahaja siap kelak, jambatan ini akan mampu mengurangkan masa perjalanan penduduk dari Lundu ke Kuching selain membantu meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.

    Ujarnya lagi, terdapat 8 jambatan turut dalam pembinaan di sepanjang jalan pesisir daripada Kuching ke Sempadi-Lundu termasuklah jambatan Rambungan dengan anggaran kos keseluruhan lebih kurang RM219 juta.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Semua Pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima Bantuan Wang...

    0
    KUCHING, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak tidak mengenakan sebarang pembayaran balik ke atas Bantuan Wang Saku yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri ini yang...