More
    Home Malaysia Jambatan Marudi dijangka siap sepenuhnya 2024-Abang Jo

    Jambatan Marudi dijangka siap sepenuhnya 2024-Abang Jo

    MARUDI, 23 SEPTEMBER 2022 (SNN): Kerajaan Sarawak komited untuk terus melaksanakan projek pembangunan khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar bagi merapatkan jurang antara kawasan bandar.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sala satu usaha dari kerajaan negeri adalah pembinaan Jambatan Marudi yang merintangi Sungai Baram yang dijangka siap seawal tahun 2024.

    “Jambatan itu dijangka siap lebih awal susulan jaminan yang diberikan oleh kontraktor baharu yang mengambil alih pembinaannya daripada kontraktor sebelum ini yang mempunyai pengalaman membina jambatan di negeri ini.

    “Kita (Kerajaan Sarawak) perlu berani membangunkan kawasan pedalaman walaupun kosnya agak tinggi namun boleh dilaksanakan secara berperingkat,” katanya semasa menghadiri Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) oleh JKR Sarawak kepada Kontraktor Penyelamat di Dewan Suarah Marudi, di sini, semalam.

    Sesi taklimat yang disampaikan oleh pihak JKR Sarawak.

    Abang Johari yang mengadakan lawatan kerjanya ke Marudi berkata, kontraktor baharu itu didapati sudah membawa semua peralatan mereka ke tapak projek serta membina jalan lencongan jambatan.

    “Saya nampak kerja (projek) ini berjalan dengan baik dan harapan kita jambatan ini dapat disiapkan pada 2024. Sebentar tadi, saya diberitahu Jabatan Kerja Raya (JKR), jambatan ini dijangka dapat disiapkan dalam tempooh 32 bulan,” katanya.

    Katanya, apabila siap kelak jambatan dengan panjang 650 meter itu kemudian akan menghubungkan Marudi di kawasan Baram dengan Miri.

    Turut hadir sama Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Datu Penguang Manggil, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak; Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Tan Sri Datuk Ling Chiong Ho dari Syarikat Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...