More
    Home Sarawak Kuching IWA menilai Kuching, Sarawak menjadi Tuan Rumah bagi Kongres Air Antarabangsa 2028

    IWA menilai Kuching, Sarawak menjadi Tuan Rumah bagi Kongres Air Antarabangsa 2028

    KUCHING, 14 JULAI 2023 (SNN): The International Water Association (IWA) yang berpangkalan di London sedang menilai Bandaraya Kuching, Sarawak untuk menjadi tuan rumah bagi Kongress Air Antarabangsa yang akan diadakan pada tahun 2028 nanti.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi memberitahu, kunjungan rombongan IWA yang diketuai oleh Dr. Kalantanithy Vairamoorthy dan ditemani oleh Malaysia Water Associationn (MWA) diwakili Presidennya Dr. Ir Tan Sri Mohmad Asari Daud di kementeriannya baru-baru ini bagi menilai pembidaan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah kongres itu nanti.

    “Pihak MWA mencadang dan bekerja keras untuk mendapatkan hak penganjuran Kongres Air Antarabangsa dengan Kuching, Sarawak menjadi tuan rumah bagi kongres itu nanti.

    “Sehingga kini pilihan terakhir adalah antara Kuching, Sarawak dan Sao Polo, Brazil untuk dipilih menjadi tuan rumah dan keputusan akhir mengenainya akan dibuat di Bordeaux France pada 16 September 2023 ini,” katanya dalam satu kenyataan.

    Turut mengiringi rombongan tersebut adalah Pengerusi MWA Sarawak; Ir Kevin Kueh

    Tambah beliau, Kerajaan Sarawak menyokong penuh usaha pembidaan MWA tersebut dan berharap Kuching akan terpilih menjadi tuan rumah anjuran itu nanti pada tahun 2028.

    Untuk makluman, Kongres bagi tahun 2024 nanti akan diadakan di Toronto, Kanada yang akan menghimpunkan seluruh kementerian Utiliti dan lembaga air dari pelbagai negara termasuklah Malaysia.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...