More
    Home Malaysia Isu masalah bekalan air di Rh Edward & Rh John Lalong akan...

    Isu masalah bekalan air di Rh Edward & Rh John Lalong akan diselesaikan-Datuk Julaihi

    SIBU, 10 OGOS 2022 (SNN): Isu berhubung masalah bekalan air di Rumah Panjang Edward dan Rumah Panjang John Lalong, Teku Pasai, Sibu akan diselesaikan tidak lama lagi.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi ketika mempengerusikan mesyuarat dengan pihak Lembaga Air Sibu@Sibu Water Board (SWB) berkata, hasil mesyuarat bersetuju untuk mengambil langkah segera untuk dilaksanakan oleh pihak SWB selain jangka masa sederhana dan panjang.

    “Sepanjang proses baikpulih tersebut laporan kemajuan@progress report perlu diserahkan kepada saya melalui kementerian untuk tujuan pengawasan serta langkah penyelesaian yang dipersetujui bersama.

    “Usaha ini diambil bagi memastikan isu berkenaan masalah bekalan air di kedua-dua lokasi berkenaan tidak berulang lagi di samping memberikan kemudahan bekalan air bersih kepada rakyat tanpa ada masalah di masa akan datang,” ujar beliau.

    Hadir sama dalam mesyuarat adalah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap ADUN Nangka; YB Dr Annuar Rapaiee, Pengurus Besar SWB; Ir Abdul Malek@Itin Abdullah dan Pegawai-Pegawai Kanan SWB,Pengarah Elektrik Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT); Syed Fauzi Sahab, Pengarah Jabatan Bekalan AIr Luar Bandar (JBALB); Ir Chang dan Residen Sibu; En Wong.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penganjuran Bazar Ramadan Uptown Desa Ilmu kali ini berkonsepkan ‘Green Market’

    0
    KOTA SAMARAHAN, 03 MAC 2025: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dengan kerjasama Persatuan Penjaja Uptown Desa Ilmu pada tahun ini menganjurkan Bazar Ramadan Uptown...