More
    Home Malaysia Isu kekurangan guru di Sarawak, Kerajaan Sarawak mahu lebih ramai anak Sarawak...

    Isu kekurangan guru di Sarawak, Kerajaan Sarawak mahu lebih ramai anak Sarawak mohon kursus perguruan

    KUALA LUMPUR, 22 OKTOBER 2023 (SNN): Isu kekurangan 3,000 guru di Sarawak, Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan rundingan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mencari jalan penyelesaian berhubung perkara berkenaan demikian kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Datuk Openg.

    Tambah beliau lagi, usaha perbincangan antara dua pihak itu nanti akan melibatkan maktab dan universiti yang ada di Sarawak untuk menyediakan kursus perguruan di institusi masing-masing dan diiktiraf oleh KPM.

    “Sekarang kita masih berunding dengan KPM untuk maktab dan universiti di Sarawak dalam menyediakan kursus perguruan. Kita akan memberi keutamaan kepada anak Sarawak sendiri dan mereka akan menjadi guru di sekolah kita.

    “Antara univerisiti yang akan terlibat nanti adalah Universiti Swinburne, agar isu kekurangan guru di Sarawak dapat diselesaikan dengan melahirkan lebih ramai pelapis guru dari kalangan anak tempatan Sarawak,” jelasnya.

    Beliau berkata demikian semasa sesi Sarawak Agenda Townhall bersama Yang Amat Berhormat Premier Sarawak yang merupakan salah satu pengisian program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 di pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Sabtu.

    YAB Premier Sarawak merakam gambar bersama anak-anak Sarawak yang hadir memeriahkan majlis-Foto UKAS

    Dalam pada itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkata dalam isu pendidikan berkaitan Sains, kerajaan Sarawak akan membangunkan makmal Sains yang boleh dikongsi oleh semua sekolah dalam sebuah daerah.

    Ujarnya, ketiadaan makmal di sekolah menengah bukan Sains terutamanya di kawasan luar bandar menjadi penyumbang kepada berlakunya kelemahan pelajar dalam subjek tersebut.

    “Saya telah membawa isu ini kepada kerajaan Pusat supaya mengambil kira agar semua sekolah baharu akan dilengkapkan dengan makmal.

    “Sementara itu, kerajaan Sarawak juga akan membangunkan makmal yang boleh dikongsikan oleh semua sekolah dalam satu-satu daerah.

    “Kadang-kadang kita tidak dapat menunggu kerajaan Pusat dan makmal ini nanti akan dibiayai kita sendiri,” ujarnya.

    Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pengelola LBAS 2023; Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Yang di-Pertua Dewan Negara; Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan dan Sarawak serta dif-dif kenamaan yang lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...