More
    Home Malaysia Isu jalan pesisir Meranek-Asajaya gelap akan selesai apabila projek pemasangan lampu jalan...

    Isu jalan pesisir Meranek-Asajaya gelap akan selesai apabila projek pemasangan lampu jalan siap kelak-Rubiah Wang

    KOTA SAMARAHAN, 02 JANUARI 2022 (SNN): Projek pemasangan lampu jalan yang kini sudah dipasang hingga persimpangan keluar Jambatan Samarahan Kampung Tambay diharap akan menyelesaikan isu jalan gelap di kawasan berkenaan.

    Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang berkata, projek tersebut akan diteruskan hingga ke daerah Asajaya untuk memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan raya di situ.

    “Dengan siapnya projek ini nanti, ia akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan raya terutamanya bagi mereka yang berulang alik dari tempat kerja pada waktu malam,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook miliknya pada Ahad.

    Kerja-kerja pemasangan lampu jalan sedang giat dilaksanakan dan diteruskan hingga ke Daerah Asajaya.

    Beliau turut menaruh harapan agar projek pemasangan lampu itu berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Terdahulu Datuk Rubiah memaklumkan, beliau telah meninjau projek tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke lawatan kerja bersama Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA).-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Didikan agama asas utama dalam pembentukan sahsiah generasi muda selain ilmu...

    0
    MATU, 21 DISEMBER 2024: Pendidikan agama yang kukuh merupakan faktor penting dalam pembentukan sahsiah generasi muda agar memiliki akhlak mulia dan tidak mudah terpengaruh...