More
    Home Sarawak Kuching Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni 47...

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni 47 buah rumah

    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah dengan memindahkan mereka ke Skim Pembesaran Kampung (SPK) Pagan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, dengan melibatkan 168 isi rumah hakisan tebingan sungai di Kampung Melango, perlu diberikan perhatian segera memandangkan terdapat banyak struktur tebing yang semakin terhakis.

    “Kejadian hakisan tanah di Kampung Melango yang melibatkan lima kampung iaitu bermula dari Kampung Pagan hingga ke anak Sungai Melango berlaku sejak 2015 dan apa yang lebih enyedihkan lagi apabila tiga rumah runtuh ke dasar Sungai Batang Krian meskipun pelbagai langkah telah diambil.

    “Pemindahan ini perlu dilakukan segera demi keselamatan penduduk yang berisiko. Saya juga memohon agar Kerajaan Sarawak membina projek penahan hakisan di sepanjang Sungai Krian bagi mencegah hakisan yang lebih buruk,” katanya ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Jumaat.

    Dalam pada itu, Mohamd Duri turut menegaskan agar tindakan segera perlu diambil oleh Kerajaan Sarawak bagi mengatasi masalah hakisan sungai yang berlaku di tebingan Kampung Hilir Kupang.

    “Ini memandangkan jalan yang digunakan oleh penduduk terlalu dekat dengan kawasan hakisan dan dibimbangi terus merebak jika tiada tindakan diambil sekali gus membabitkan keselamatan awam terutamanya penduduk kampung tersebut, katanya.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...