More
    Home Malaysia Islam menitikberatkan penguasaan ilmu pengetahuan Sains dan Teknologi demi kemajuan Ummah

    Islam menitikberatkan penguasaan ilmu pengetahuan Sains dan Teknologi demi kemajuan Ummah

    MIRI, 20 OKTOBER 2021 (SNN) : Agama Islam sangat menggalakkan umatnya untuk menguasai ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi seiring dengan perkembangan zaman sekarang yang serba canggih demi meningkatkan kemajuan ummah serta mampu bersaing dengan individu lain dalam pelbagai bidang.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bagi negeri Sarawak sendiri kerajaan sangat memerlukan lebih ramai golongan yang berwibawa untuk sama-sama memberi sumbangan dalam arus kemajuan sains dan teknologi malah bidang tersebut bukan lagi satu bidang yang asing dan baru dalam masayarakat Islam kerana ianya telah wujud sejak pertengahan abad ke-8 semasa pemerintahan Islam di Timur Tengah.

    “Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Mansur kita dapat lihat ramai tokoh-tokoh Islam dalam bidang sains, astronomi dan perubatan di himpunkan oleh beliau di kota Baghdad yang ketika itu diambil dari India, Parsi dan Greek.

    “Sebagai contohnya tokoh ilmuwan Islam yang sangat terkenal dengan ciri-ciri keilmuan, keagamaan dan sains pada diri mereka seperti al-Kindi, Ibnu Rushd, al-Farabi, Ibnu Sina, al-Biruni dan Qutbal-Din. Mereka ini membuat analisis bukan secara emparikal dan rasional semata-mata tetapi berasaskan kepada ilmu wahyu,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1443H/2021M Peringkat Bahagian Miri di Masjid At-Taqwa di Miri pada Selasa.

    Sekitar majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid At-Taqwa Miri pada Selasa.

    Tambah beliau, dengan kemajuan sains dan teknologi tanpa sempadan membolehkan masyarakat hidup dalam serba canggih. Tambahan lagi, Islam amat menggalakkan wujudnya kemajuan sains dan teknologi yang akan memberi manfaat serta perubahan sosial tanpa menolak asas fundamental yang berkait dengan nilai dan etika umatnya.

    Jelas beliau, kita mahu masyarakat Islam memajukan diri mereka dengan ilmu pengetahuan, ekonomi, digital dalam bidang perusahaan, perniagaan, perindustrian dan bidang yang lain kerana dengan ini sahaja kita dapat membantu meningkatkan kesejahteraan ummah.

    Turut hadir sama Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin; Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak; Datuk Naroden Majais, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak yang juga ADUN Bekenu; Datuk Rosey Yunus, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang juga ADUN Piasau; Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, ADUN Lambir; Ripin Lamat, Ahli Parlimen Sibuti; Lukanisman Awang Sauni, Setiausaha Eksekutif PBB; Datuk Awang Bujang Awang Antek dan wakil Residen Bahagian Miri; Jamalie Busri.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...