More
    Home Sarawak Kuching Infrastruktur utiliti dan telekomunikasi amat penting dalam membangunkan Sarawak ke arah status...

    Infrastruktur utiliti dan telekomunikasi amat penting dalam membangunkan Sarawak ke arah status negeri maju menjelang 2030-Premier Sarawak

    KUCHING, 02 APRIL 2022 (SNN) : Sektor utiliti dan telekomunikasi sangat penting kini bagi meningkatkan pembangunan ekonomi dan infrastruktur terutamanya transformasi digital dan pembangunan sosial-ekonomi di samping merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu, penubuhan portfolio telekomunikasi dalam Kementerian Utiliti Dan Telekomunikasi baru-baru ini mempunyai peranan yang lebih besar dan penting dalam perjalanan ke arah ekonomi digital dan era ekonomi baharu.

    Menurut beliau, pembentukan kedua-dua kementerian itu adalah selaras dengan objektif kerajaan negeri untuk menyediakan infrastruktur asas iaitu bekalan air dan elektrik tanpa gangguan yang diperlukan untuk mengubah ekonomi kepada pendigitalan.

    “Ini ditambah lagi dengan kemudahan telekomunikasi yang akan menghubungkan setiap sektor ekonomi kita dan juga matlamat kita memberikan kemudahan itu kepada mereka yang berada di kawasan luar bandar atau pedalaman,” katanya ketika merasmikan Sarawak Utility & Telecommunication Conference 2022 (SUTC2022) yang bertemakan “Challenges and the Way Forward in Providing Utilities and Telecommunication in Sarawak by the Year 2030” di Hotel UCSI pada Khamis.

    Premier Sarawak hadir merasmikan Persidangan Utiliti dan Telekomunikasi yang berlangsung di Hotel USCI, Kuching.

    Premier Sarawak menambah, walaupun terdapat isu dan cabaran di kawasan terpencil, negeri ini masih berada di landasan yang tepat dalam menyediakan kemudahan asas sepenuhnya sekaligus memberikan manfaat kepada rakyat.

    Katanya lagi, penubuhan sekolah antarabangsa berdasarkan sukatan pelajaran Cambridge untuk memberi penekanan kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa utama yang lain termasuk Bahasa Mandarin bagi membolehkan untuk berkomunikasi dengan pemain global yang lain.

    “Seperti sedia maklum, kami menubuhkan sekolah antarabangsa berdasarkan sukatan pelajaran Cambridge bagi menekankan Bahasa Inggeris serta bahasa penting lain termasuk Bahasa Mandarin di samping bahasa kebangsaan kita.

    “Dan dengan penguasaan bahasa ini, kita boleh menghubungkan diri dengan pemain global yang lain dan justeru itu pemikiran rakyat Sarawak juga harus global dalam menjadikan kita pemain utama di rantau ini,” ujarnya.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dalam ucapan majlis penutupan persidangan itu memberitahu, Sarawak memerlukan polisi, garis panduan, serta peraturan demi memudahkan penyelarasan serta kerjasama dalam kalangan semua agensi kerajaan yang berkaitan dan juga pihak berkepentingan yang lain.

    “Sehubungan itu, persidangan ini penting bagi menyediakan sebuah platform untuk kenal pasti sebarang cabaran, isu, serta jalan penyelesaian secara menyeluruh dalam usaha mencapai liputan penuh utiliti dan telekomunikasi di Sarawak menjelang 2030,” ujarnya.

    Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi; Datuk Julaihi Narawi, Menteri di Pejabat Premier Sarawak; Datuk John Sikie Tayai, Menteri Pengangkutan; Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Ultiliti dan Telekomunikasi I (Telekomunikasi); Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II (Utiliti); Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Dr Hazland Abang Hipni.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembukaan Jambatan Muara Lassa untuk orang awam bakal pacu pembangunan ekonomi...

    0
    DARO, 03 JANUARI 2025: Majlis prapelancaran Jambatan Muara Lassa akan diadakan pada 9 Januari ini, yang dijangka disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas...