More
    Home Malaysia Impian merealisasikan UTC Bahagian Samarahan di Summer Mall dalam proses rundingan-Rubiah Wang

    Impian merealisasikan UTC Bahagian Samarahan di Summer Mall dalam proses rundingan-Rubiah Wang

    KOTA SAMARAHAN, 28 DISEMBER 2021 (SNN) : Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan dibina dan dilaksanakan di Bahagian Kota Samarahan bagi menyediakan kemudahan untuk penduduk di sekitar bandar Samarahan khususnya kawasan luar bandar.

    Perkara ini dijelaskan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang menerusi satu kenyataan di laman Facebook Pusat Khidmat Rakyat Kota Samarahan pada Isnin yang memberitahu rundingan beliau bersama pihak pengurusan Pusat Beli Belah The Summer sedang dilaksanakan.

    Sehubungan itu, Rubiah menerima kunjungan daripada Pengarah Urusan The Summer Mall, Datuk Lee Chee Fui bersama rombongan bagi membincangkan perkara tersebut.

    “Kunjungan kali ini dibuat atas jemputan saya untuk berunding beberapa perkara berkaitan dengan usaha untuk merealisasikan Projek UTC di Samarahan seperti yang telah dikemukakan dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada persidangan yang lepas pada tahun 2020 lagi,” katanya.

    Sesi perbincangan MP Kota Samarahan bersama Pengarah Urusan Summer Mall berkenaan lokasi dicadangkan untuk UTC Samarahan

    Jelas Rubiah lagi, pihaknya telah melakukan rundingan secara aktif bersama Kementerian Kewangan Malaysia dalam usaha memastikan UTC ini dapat diwujudkan di Samarahan.

    Kewujudan UTC ini sangat penting kerana Bahagian Samarahan mempunyai ramai populasi dan turut didiami penjawat awam dan swasta serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. Ini menjadikan mereka amat memerlukan perkhidmatan pentadbiran awam seperti urusan pendaftaran, Imigresen, pengangkutan jalan dan lain-lain lagi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Transformasi Pendidikan kearah Digital Pemangkin Generasi Celik Teknologi dan Berdaya Saing

    0
    SARIKEI, 16 JANUARI 2025: Transformasi sistem pendidikan di Malaysia terus diperkasa bagi melahirkan barisan pendidik dan murid yang kreatif, inovatif, cekap serta bersemangat. Timbalan Menteri...