More
    Home Sarawak Kuching Imam bukan sahaja berperanan sebagai imam masjid bahkan sebagai rujukan berkaitan ilmu...

    Imam bukan sahaja berperanan sebagai imam masjid bahkan sebagai rujukan berkaitan ilmu agama oleh masyarakat-Datu Misnu

    KUCHING, 15 DISEMBER 2022 (SNN): Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) bersama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) terus komited dalam mempertingkatkan kualiti imam di Sarawak.

    Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti imam-imam di Sarawak kerana peranan imam terlalu besar kepada masyarakat.

    “Imam bukan sahaja berperanan untuk mengimamkan atau mengetuai solat malah menjadi pakar rujuk berkaitan ilmu keagamaan dan sosial yang meninggikan taraf masyarakat,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Profesionalisme Imam Negeri Sarawak Tahun 2022 di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini pada Rabu.

    Majlis yang diadakan itu adalah menerusi kerjasama antara IKMAS dan JAIS dalam memastikan imam-imam di Sarawak dapat mencapai kemahiran kepimpinan dan komunikasi berteraskan kepada ilmu dan ajaran islam sebenar.

    Sementara itu beliau yang juga Pengerusi Majlis Islam Sarawak berkata, penganjuran majlis tersebut juga bagi memantapkan lagi kemahiran dan disiplin dikalangan para imam Sarawak.

    Justeru, beliau berharap agar program yang dilakukan itu dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan serta dapat melahirkan imam yang berketerampilan tinggi dan mempunyai kemahiran yang pelbagai.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...