More
    Home Malaysia Ikan Terubok mampu tebus dalam pasaran ekoran permintaan tinggi dan kegemaran ramai-Julaihi

    Ikan Terubok mampu tebus dalam pasaran ekoran permintaan tinggi dan kegemaran ramai-Julaihi

    SEBUYAU, 17 MAC 2023 (SNN): Ikan terubok yang terdapat di kawasan Sebuyau dan sekitar mempunyai kemampuan untuk dipasarkan ekoran permintaan tinggi terhadap spesis itu selain mampu meningkatkan jana pendapatan penduduk kampung.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi memberitahu, ikan terubok mendapat permintaan tinggi dan menjadi kegemaran warga tempatan bahkan pengunjung dari luar negeri disebabkan rasa daging dan telur ikan berkenaan mempunyai keunikan tersendiri.

    “Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) harus mengambil inisiatif untuk membantu ahli mereka untuk meningkatkan strategi pemasaran hasil laut terutama ikan terubok ditambah lagi kawasan Sebuyau dan sekitarnya berada di jalur jalan pesisir pantai.

    “Dalam pada masa yang sama bekalan ikan segar juga mestilah mencukupi dan mudah diperolehi untuk meyakinkan pembeli datang ke Sebuyau,” kata beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PNK Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Khamis.

    Datuk Julaihi Narawi (tengah) menyempurnakan simbolik Mesyuarat Agung PNK.

    Tambah beliau, PNK Sebuyau kini mempunyai 986 ahli dan peruntukan geran MRP sebanyak RM30 ribu telah diluluskan untuk ahli persatuan berkenaan menjalankan aktiviti.

    Di samping itu, ujar beliau lagi PNK Sebuyau juga tidak melupakan kebajikan ahli dan golongan asnaf dengan memberi sumbangan kepada anak-anak nelayan yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lau.

    Turut hadir sama Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak; En Ahmad Nazeri, Pengerusi PNK Sebuyau; Setil Sauli, SAO Fazerin dan ahli-ahli lembaga pengarah PNK Sebuyau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...