More
    Home Sarawak Kuching IEW Expo and Summit 2023 mempamerkan inovasi, teknologi dan inisiatif Sarawak ke...

    IEW Expo and Summit 2023 mempamerkan inovasi, teknologi dan inisiatif Sarawak ke arah tenaga hijau

    KUCHING, 14 JUN 2023 (SNN): Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menerajui dan memanfaatkan sumber tenaga mampan yang besar sebagai usaha menjadikan negeri ini sebagai hab tenaga bersih utama di Malaysia.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah yang diambil oleh kerajaan Sarawak adalah amat bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri ingin mewujudkan sistem tenaga hijau serta menjadi pengekport tenaga utama di negara ini serta serantau.

    “Melalui penganjuran International Energy Week (IEW) Expo and Summit 2023 ini kita dapat melihat pelbagai pameran diperlihatkan dari segi inovasi, teknologi dan inisiatif diambil kerajaan Sarawak dalam merealisasikan masa depan yang bersih dan mampan.

    “Fokus kita adalah tenaga boleh diperbaharui termasuklah mewujudkan sistem solar, hidro dan biojisim seperti lumut yang banyak ditemui di perairan Sarawak,” katanya ketika berucap merasmikan pembukaan 5th IEW 2023 Expo and Summit di Borneo Convention Centre Kuching baru-baru ini.

    Premier Sarawak merasmikan pembukaan IEW 2023 edisi ke lima.-Foto galeri Datuk Julaihi

    IEW yang akan berlangsung selama tiga hari itu bakal menghimpunkan 200 pempamer daripada pelbagai agensi daripada Kerajaan Sarawak, swasta dan pemain-pemain industri yang menjangkakan dihadiri lebih 5,000 pelawat perdagangan.

    “Difahamkan tema IEW kali ini akan membawakan tema ‘Peralihan Ke Arah Masa Depan Karbon Sifar Bersih’ untuk menyerlahkan kepentingan tenaga dan kelestarian alam sekitar,” ujarnya.

    Turut hadir sama adalah Timbalan Premier; Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia; Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Julaihi Narawi, Menteri Pengangkutan Sarawak; Datuk Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Dr Hazland Abang Hipni dan tetamu kehormat lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan BKAS disalurkan dalam bentuk kredit melalui Spay Global-Abang Jo

    0
    KUCHING, 12 DISEMBER 2024: Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan dalam bentuk kredit aplikasi Spay Global (sebelum ini dikenali sebagai Sarawak Pay)...