KUCHING, 05 JUN 2022 (SNN): Seorang lelaki yang merupakan anak sendiri ditahan polis selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri sebelum membuang mayat mangsa ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian, Parit Buntar, Perak, di sini, semalam.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan mengenani penemuan potongan daging dipercayai anggota badan manusia kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu.
“Siasatan awal yang dijalankan oleh anggota polis yang tiba ke lokasi menemukan 15 keratan bahagian tubuh mayat yang telah dipotong.
“Susulan itu, satu tangkapan dilakukan terhadap seorang suspek lelaki yang merupakan anak lelaki mangsa yang berusia 42 tahun, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Tambah beliau lagi, mangsa yang berusia 68 tahun itu tinggal berdua bersama suspek di rumah berkenaan sejak 12 tahun lalu.
Siatan lanjut yang dilakukan mengesyaki kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa dalam pembahagian harta pusaka milik arwah bapa kandungnya.
Ujar Mior Faridalathrash lagi, suspek tersebut kini ditahan bagi membantu siasatan dan disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.