More
    Home Sarawak Betong Ibu-bapa perlu terlibat sama tingkatkan mutu pendidikan anak-anak elak terlibat gejala tidak...

    Ibu-bapa perlu terlibat sama tingkatkan mutu pendidikan anak-anak elak terlibat gejala tidak sihat

    PUSA, 15 DISEMBER 2023 (SNN): Golongan ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri anak mereka selain beri dorongan penuh terhadap mutu pendidikan bukan hanya bergantung penuh kepada guuru semasa sesi persekolahan.

    Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Bin Kepli memberitahu, para ibu-bapa perlu memberikan perhatian penuh kepada anak-anak mereka supaya fokus dalam pelajaran dan memastikan tidak terlibat dengan perkara yang tidak sihat yang mampu merosakkan masa hadapan mereka.

    “Pendidikan kini amat penting dalam memastikan corak kehidupan mereka apabila dewasa kelak lebih baik dengan peluang pekerjaan yang lebih terjamin sekiranya mereka ini diberikan peluang serta taraf pendidikan secukupnya.

    “Apabila mereka melangkah ke luar alam pekerjaan kelak sekurang-kurangnya mereka ini mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang tertentu yang mana menguntungkan kedua-dua pihak,” katanya ketika berucap pada Majlis Randau Permuafakatan Ibu Bapa Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa, pada Khamis.

    Tambah beliau, bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) kini mempunyai potensi besar dalam pasaran pekerjaan yang pastinya akan menguntungkan para pelajar. Oleh itu, ibu-bapa digalakkan memberi sokongan kepada anak-anak mereka yang berpotensi serta berkemahiran dalam bidang berkenaan untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi.

    “Sejajar dengan pengumuman yang dibuat oleh YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini berhubung pendidikan percuma untuk anak Sarawak, ini secara tidak langsung membuka ruang yang cerah untuk para pelajar yang  mempunyai niat menyambung pembelajaran di mana-mana institusi pendidikan awam atau swasta di Sarawak,” jalasnya lagi.

    YB Shafizan bersama pengetua SMK Pusa turut meninjau keadaan surau An-Nur yang perlu ditambahbaik untuk keselesaan warga SMK Pusa.-Foto FB Mohamad Shafizan Haji Kepli

    Terdahulu, pada majlis yang sama Mohamad Shafizan turut berkesempatan menyampaikan sumbangan insentif pendidikan kepada 48 orang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

    “Semoga dengan pemberian insentif tersebut dapat membantu mereka untuk terus cemerlang di masa hadapan serta motivasi buat pelajar lain yang bakal menduduki peperiksaan SPM yang akan datang,” ujarnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...