More
    Home Malaysia Ibu-bapa diseru agar menggalakkan anak-anak mereka aktif dalam bidang sukan

    Ibu-bapa diseru agar menggalakkan anak-anak mereka aktif dalam bidang sukan

    DARO, 03 NOVEMBER 2022 (SNN): Ibu bapa diseru agar menggalakkan anak-anak mereka untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, kejohanan sukan sekolah merupakan satu platform bagi pelajar sekolah untuk turut serta kerana ini adalah salah satu modul di sekolah yang dipanggil kokurikulum selain mendidik mereka agar hidup secara sihat dengan bersukan.

    “Para ibu-bapa tidak perlu menghalang anak-anak mereka untuk terlibat dengan sukan malah perlu memberi sokongan kerana sukan adalah salah satu subjek dalam sekolah yang akan dinilai.

    “Kita juga perlu pantau anak kita supaya mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral,” katanya semasa merasmikan Kejohanan Sukan Sekolah dan juga Sukaneka PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Nangar Daro di Dewan Masyarakat Daro pada Rabu.

    Ketibaan ADUN Daro disambut meriah oleh ibu-bapa yang turut hadir menyaksikan kejohanan sukan sekolah.-Pusat Khidmat DUN Daro.

    Tambah Safiee, Kerajaan Sarawak amat menitikberatkan kebajikan sektor pendidikan dengan membantu sekolah-sekolah yang ada di Sarawak dengan pelbagai bantuan dan pembinaan bangunan sekolah baru walaupun tanggungjawab sekolah adalah di bawah kerajaan Persekutuan.

    Beliau malah bersyukur kerana sekolah itu dapat kembali menganjurkan kejohanan sukan selepas dilanda pandemik Covid-19 di mana ianya berlangsung dengan meriah sekali membabitkan penyertaan ramai murid-murid.

    Dalam ucapan sama, Safiee juga telah meluluskan peruntukan RM150,000 untuk menaiktaraf dewan sekolah itu dan RM3,000 lagi untuk dana PIBG Sekolah.

    Hadir sama Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah; En. Teo Bee Guan, YDP PIBG SK Nangar; Pn. Rabaiyah Bt. Shazili, En. Aruan B. Samion, Penolong PPD Daro Sektor Pengurusan Sekolah; Kpl. Wan Hairul Nizam, Pegawai Perhubungan Sekolah; En. Sawi Hj. Dol, KK Kg. Nangar Besar Lama; En. Hassan Kelai, KK Kg. Nangar Besar Baru.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...