More
    Home Malaysia Hutan Jemoreng perlu dipelihara dengan baik kerana mempunyai flora dan fauna yang...

    Hutan Jemoreng perlu dipelihara dengan baik kerana mempunyai flora dan fauna yang unik

    MATU: Hutan Jemoreng mempunyai pelbagai keunikan flora dan fauna yang mungkin tidak terdapat di hutan lain dan perlu dipelihara serta diurus dengan baik selain mampu menjadi salah satu daya tarikan pelancong yang datang dari dalam dan luar negara.

    Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman), Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya berkata, pokok sekiu yang digunakan untuk menghasilkan minyak sekiu hanya terdapat di Hutan Jemoreng dan ia perlu ditambah luas bagi meningkatkan taraf hidup dan sumber pendapatan penduduk.

    Ujarnya, minyak sekiu mampu menjana pendapatan masyarakat setempat dengan harga minyak itu mampu mencecah sekitar RM1500 untuk 1.5 liter.

    Jelasnya lagi, jika minyak sekiu ini dikormersialkan dan dipromosikan lebih luas, ia pastinya akan meningkatkan ekomoni penduduk tempatan.

    Dalam hal ini, beliau merakamkan terima kasih kepada Jabatan Hutan Sarawak kerana sudi memilih Hutan Jemoreng untuk menjalankan projek Ekspedisi Saintifik secara khusus bagi tahun 2022.

    Berucap dalam Majlis Perasmian Ekspedisi Saintifik Jemoreng ‘Menyekak Gu’un Jemoreng’ di Dewan Masyarakat Kampung Jemoreng Matu pada Sabtu, Dato’ Dr Juanda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng berkata kerjasama dan segala keperluan sepanjang program ini akan dihulurkan kepada Jabatan Hutan Sarawak agar objektif aktiviti berjaya dicapai.

    ADUN Jemoreng melancarkan simbolik Perasmian Ekspedisi Saintifik Jemoreng 2022 di Dewan Masyarakat Kampung Jemoreng.-Foto FB Dato’ Juanda Jaya.

    Sementara itu, Pengarah Hutan Sarawak Datuk Hamden Mohamad berkata ekspedisi anjuran Jabatan Hutan Sarawak itu mendapat sokongan dan kerjasama yang sangat baik dari seluruh komuniti Kampung Jemoreng yang turut sama menjayakan program itu.

    Katanya, setiap tahun Jabatan Hutan Sarawak akan menjalankan program seperti ini di kawasan hutan yang dikenalpasti mempunyai keunikan tersendiri di mana sebelum ini ianya dilaksanakan di jauh di kawasan pedalaman dan pergunungan.

    Jelas beliau, Hutan Jemoreng menjadi pilihan untuk Ekspedisi pada tahun ini yang dijalankan selama 14 hari bermula Sabtu hingga 29 Julai nanti.

    “Idea untuk menjalankan Ekspedisi ini diadakan adalah berikutan dokumentari yang disiarkan di TVS pada 7 Mac 2021 yang lepas yang memaparkan perusahaan pembuatan minyak sekiu.

    “Objektif Ekspedisi ini adalah bagi menggumpul maklumat di kawasan untuk pemeliharaan dan pewartaan kawasan Hutan Jemoreng. Ianya juga bagi mengenalpasti dan mendokumentasi potensi eco-pelancongan di sekitar kawasan ini,” katanya.

    Menurut Datuk Hamden, hasil kajian awal, mendapati terdapat burung Kenyalang dan burung bangau di Hutan Jemoreng ini yang dikategorikan sebagai haiwan terancam.

    Turut hadir sama Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...