More
    Home Hina YDPA, Parti Keadilan nafi Iswardy mewakili suara parti

    Hina YDPA, Parti Keadilan nafi Iswardy mewakili suara parti

    KUCHING, 30 MEI 2021 (SNN) : Pimpinan KEADILAN mengambil maklum berkaitan sebuah video YouTube yang dimuatnaik seorang individu bernama Iswardy Morni yang didakwa telah menghina Yang DiPertuan Agong baru-baru ini.

    KEADILAN Sarawak menafikan Iswardy mempunyai apa-apa pangkat di dalam mana-mana cabang parti Pusat atau Sarawak bahkan beliau hanyalah seorang anggota biasa parti berdaftar itu.

    Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan KEADILAN menyebut, kenyataan-kenyataan Iswardy itu tidak sama sekali mewakili pendirian parti KEADILAN yang mana menjunjung dan memartabatkan institusi Raja-Raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti.

    Ucapan Iswardy di dalam video sebelum ini pernah dibangkit dan dibincangkan di dalam Biro Politik KEADILAN, dan keputusan telah diambil seawal April lalu dengan memberi amaran keras kepada beliau. Pimpinan parti juga telah memberi amaran dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuklah memecat beliau sekiranya mengulangi perbuatan yang sama.

    Sejak semalam, isu video Iswardy yang menghina YDPA telah menjadi kes polis dan kini dalam siasatan Polis DiRaja Malaysia. KEADILAN kini maklum akan menunggu keputusan hasil siasatan tersebut dan akan mengenakan tindakan lanjut terhadap beliau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...