More
    Home Sarawak Kuching Hari ini genap 47 tahun berlalu, Raja Faisal al-Saud mangkat dibunuh anak...

    Hari ini genap 47 tahun berlalu, Raja Faisal al-Saud mangkat dibunuh anak saudaranya sendiri.

    KUCHING, 25, MAC 2022 (SNN) : Raja Faisal merupakan anak ke-3 Raja Abdulaziz al-Saud, pengasas & raja pertama kerajaan Arab Saudi. Selepas bapanya mangkat pada 1953 & abangnya Saud ditabal sebagai pengganti, Faisal dilantik menjadi Putera Mahkota.

    Memetik laporan AWANI, baginda meletakkan jawatan pada 1960 namun kembali 2 tahun kemudian ketika krisis kewangan Arab Saudi semakin meruncing & tidak mampu diuruskan Saud. Ia membawa kepada peletakan jawatan oleh Saud & Faisal menaiki takhta pada 1964.

    Melihat kembali sejarah kepimpinan baginda, Raja Faisal terkenal atas reformasi & modenisasi terhadap pentadbiran & khususnya dalam institusi pendidikan negara itu. Selain menghapuskan perhambaan, baginda mengetengahkan dasar-dasar yang bertemakan pan-Islamisme, anti-komunis & pro-Palestin.

    Baginda antara pemimpin dunia dalam sejarah yang keras menentang Israel & sekutunya. Pada 1973, baginda mengepalai gerakan embargo minyak terhadap negara-negara yang menyokong rejim Zionis semasa Perang Yom Kippur, mencetuskan krisis minyak.

    Pada 25 Mac 1975, Raja Faisal mengadakan satu majlis di pejabatnya di Riyadh. Ketika baginda menerima kehadiran delegasi dari Kuwait yang datang untuk berbincang hal minyak, anak saudaranya, Faisal bin Musaid, turut hadir & ikut sama masuk ke bilik mesyuarat.

    Tatkala Raja Faisal menyambut anak saudaranya itu seusai mesyuarat & mencium dahi serta hidungnya (mengikut tradisi keluarga al-Saud), tiba-tiba Faisal Musaid mengeluarkan pistol dari poketnya lalu melepaskan 3 das tembakan ke kepala Raja Faisal.

    Satu tembakan mengenai dagunya, satu lagi menembusi telinganya & satu lagi tersasar. Ketika Faisal Musaid ditangkap, Raja Faisal yang parah digegaskan ke hospital namun gagal diselamatkan & disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

    Faisal Musaid kemudian dihukum penggal atas kesalahan membunuh raja. Motif pembunuhannya kekal tidak diketahui dengan jelas, namun timbul pelbagai spekulasi juga dakwaan wujud konspirasi di sebaliknya.-AWANI, BBC.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kemajuan pembinaan Jambatan Batang Saribas 2 masih tidak memuaskan-Unggah

    0
    PUSA, 12 APRIL 2025: Kelewatan dalam pembinaan Jambatan Batang Saribas 2 adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi apabila projek bernilai RM385 juta...