More
    Home Lain-lain Hari Bersama Pelanggan IDP Kota Samarahan yang berkonsepkan 'Meet & Greet' beri...

    Hari Bersama Pelanggan IDP Kota Samarahan yang berkonsepkan ‘Meet & Greet’ beri pendedahan trend jenayah terkini

    KOTA SAMARAHAN, 13 MEI 2022 (SNN): Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan mengadakan program Hari Bersama Pelanggan berkonsepkan ‘Meet & Greet’ di Pasaraya Farley di sini pada Khamis.

    Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Sudirman Kram berkata, program tersebut merupakan platform yang sesuai untuk bertemu dengan komuniti secara lebih dekat selain pihak polis juga dapat mendengar perkongsian berkaitan dengan jenayah di lapangan.

    “Melalui program ini, komuniti akan didedahkan dengan trend jenayah terkini seperti jenayah harta benda, jenayah komersial dan dadah. Maklumat mengenai sebarang kes jenayah akan diperoleh dengan cepat dan tindakan segera dapat diambil,” katanya ketika ditemui media dalam program itu.

    Sementara itu, beliau turut memuji usaha pihak pengurusan Pasaraya Farley yang membuka Pondok Polis di kawasan Bandar Riyal yang berfungsi bagi membantu pihak polis di mana lokasi ini dijadikan sebagai ‘conferencing point’ iaitu titik pertemuan semua elemen rondaan pihak polis dan unit pencegahan jenayah yang lain.

    Tambah beliau, program seperti ini juga akan dilaksanakan di ‘conferencing point’ yang lain di Aiman Mall, Bangunan Kedai Taman Sri Tuang, Pasar Tamu Kg Melayu, Dataran Asajaya dan Pasar Sadong Jaya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...