More
    Home Haram Ke Tidur Selepas Subuh?

    Haram Ke Tidur Selepas Subuh?

    Kuala Lumpur , 06 Mei 2019 (SNN)- Haram ke tidur selepas Subuh, terutamanya pada bulan puasa? Tidur selepas Subuh sering dikaitkan dengan sikap negatif seperti malas dan tidak bersemangat untuk memulakan hari yang baru. Dalam masyarakat Melayu pula, orang-orang tua dahulu sangat pantang dengan tindakan anak-anak dara dan teruna yang tidur selepas Subuh dan bangun setelah matahari naik. Kata mereka, “rezeki tak masuk”.

    Namun sebenarnya tidur selepas Subuh bukanlah sampai jatuh hukum haram. Malah menurut pihak Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak ada dalil nas yang jelas menghalang tidur selepas Subuh, namun terdapat banyak galakan untuk menghidupkan amalan selepas Subuh. Nabi SAW pernah bersabda:

    اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ ‏.‏ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلاً تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ.

    Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar angkatan tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan), Riwayat Abu Daud (2606) – Syeikh Al-Albaani menilainya sahih.

    Dalam sebuah hadis yang lain, diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah menghidupkan pagi selepas subuh dengan duduk berzikir sehingga terbitnya matahari. Daripada Jabirah bin Samurah RA:

    كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الفَجْرَ قَعَدَ فِي مُصَلَّاهُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

    Maksudnya: Adalah Nabi SAW apabila selesai solat Fajar, Baginda duduk di tempat solatnya sehingga matahari terbit.

    – Hadis riwayat Al-Tirmizi (585) , menurut beliau, hadis ini sahih.

    Manakala sebahagian ulama salaf (ulama pada zaman lampau) pula memandang perbuatan ini sebagai perbuatan yang makruh. Mereka tidak menyukai tidur selepas solat Subuh.

    Ibnul Qayyim ada berkata bahawa, “Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah : tidur di waktu pagi, sedikit solat, bermalas-malasan dan berkhianat.” (Kitab Zaadul Ma’ad, 4/378)

    Namun, jika pekerjaan seseorang itu memerlukannya berjaga pada waktu malam, dan merasakan bahawa tidur sekejap selepas Subuh diperlukan supaya boleh melakukan aktiviti selepas itu dengan lebih berkualiti, maka tidak mengapa.

    Kesimpulannya, memanfaatkan waktu pagi adalah sangat digalakkan. Rasulullah SAW sendiri mendoakan bagi umatnya keberkatan pada waktu pagi. Malah orang yang awal memulakan perniagaan serta berusaha memajukan hidup pada permulaan hari pastinya akan lebih berjaya.

    Tips mengelak tidur selepas subuh

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program...

    0
    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and...