More
    Home Sarawak Samarahan Hanya GPS yang mampu membawa dasar dan meneruskan agenda pembangunan di Sarawak-Datuk...

    Hanya GPS yang mampu membawa dasar dan meneruskan agenda pembangunan di Sarawak-Datuk Julaihi

    SEBUYAU, 17 NOVEMBER 2021 (SNN) : Pembangunan dan pelaksanaan dasar yang telah dirancang oleh kerajaan negeri Sarawak sehingga hari ini membuktikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sejak dulu lagi komited untuk membawa kemajuan kepada rakyat Sarawak khususnya merapatkan jurang perbezaan kawasan luar bandar dan bandar.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarwak merangkap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, kerajaan di tadbir di bawah GPS telah banyak membawa dasar dan agenda pembangunan ke atas negeri ini hal itu telahpun terbukti dengan pelaksanaan pelbagai projek-projek rakyat berimpak tinggi untuk mewujudkan kualiti kehidupan dan ekonomi yang lebih baik.

    “Seperti di kawasan lain dalam negeri Sarawak, kawasan DUN Sebuyau ini juga tidak terkecuali mendapat limpahan dan faedah pembangunan dari dasar dan pembangunan yang dibawa oleh parti GPS. Oleh itu, amat penting untuk kita memastikan kawasan Sebuyau ini terus mendapat manfaat pembangunan di masa akan datang dengan mempertahankan kerusi DUN Sebuyau khasnya dan Sarawak amnya pada pilihanraya akan datang.

    “Di samping itu, pemimpin di peringkat akar umbi juga memainkan peranan penting dalam usaha membantu kerajaan menyampaikan dasar dan agenda pembangunan kepada rakyat seterusnya menyuarakan keperluan rakyat di kawasan masing-masing kepada kerajaan agar suara rakyat dapat didengar oleh mana-mana wakil kerajaan di kawasan masing-masing,” kata beliau semasa hadir dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan parti PBB Cawangan Sebuyau di Kampung Hulu dan Lot Baru Sebangan, semalam.

    Sekitar majlis Pemimpin Bersama Rakyat ADUN Sebuyau di Pusat Khidmat DUN Sebuyau Kampung Sebangan

    Ujar beliau lagi, jalinan kerjasama antara semua peringkat kepimpinan yang berkesan dan wakil rakyat yang tepat adalah amat penting dan perlu dikekalkan agar parti GPS yang ada sekarang dapat terus membawa pembangunan kepada rakyat Sarawak khususnya di kawasan Sebuyau ini kerana kepada rakyat jugalah nanti hasil daripada dasar dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan dinikmati seperti apa yang telah dicapai hari ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...