More
    Home Kampus Haneef Adam pelajar kelahiran Malaysia terima anugerah James B. Angell di Universiti...

    Haneef Adam pelajar kelahiran Malaysia terima anugerah James B. Angell di Universiti Michigan

    KUCHING, 25 MAC 2023 (SNN): Muhammad Haleef Adam Bin Mohd Haniff seorang pelajar dalam jurusan Bachelor in Earth & Environment dari University of Michigan berjaya meraih penghargaan selepas menerima anugerah James B. Angell Scholar Award dan University Honors Awards pada Majlis Konvokesyen ke-100 universiti berkenaan.

    Memetik kenyataan MARA USA, Haleef Adam menerima anugerah itu selepas berjaya meraih kejayaan dengan mendapat ‘Straight A’ dalam semua subjek dua semester berturut-turut dan pencapaiannya memperoleh CGPA 3.50 dan ke atas untuk tiga semester iaitu Fall 2021, Winter 2022 dan Fall 2022.

    Ucapan tahniah dan jemputan dari pihak universiti bagi menerima anugerah yang turut dikongsi Haleef Adam-Sumber MARA

    Beliau yang fasih berbahasa Spanish itu kini berada di tahun kedua pengajian dan berhasrat untuk tamat pengajian mengikut tawaran yang diberikan serta bercita-cita untuk menjadi pakar geologi terutama dalam industri geothermal energy, oil dan gas.

    Semoga kejayaan dan perkongsian penghargaan dan anugerah yang diperolehi saudara Haleef Adam dapat memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar lain khususnya anak muda Melayu untuk berjaya mencapai impian masing-masing.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...