KUCHING, 09 JANUARI 2024 (SNN): Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg terima dua kunjungan hormat di pejabatnya, pada Isnin.
Kunjungan pertama adalah oleh Menteri Digital Malaysia, Gobind Sigh Deo bersama Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Tujuan kunjungan tersebut berkenaan dengan beberapa perkara berkaitan dengan rancangan pembangunan dan hala tuju serta pandangan kerajaan Sarawak dalam pembangunan pendigitalan di Sarawak.
“Sarawak kini memiliki hala tuju yang jelas dalam memastikan negeri ini tidak ketinggalan dari sudut pendigitalan dan ianya wajar diikuti oleh negeri-negeri lain di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan keatas Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia.
Kunjungan kedua pula adalah kunjungan hormat perpisahan daripada Konsul Agung Negara Brunei Darussalam iaitu YM Puan Noni Zurainah Haji Ismi.
Turut hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC); Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA); Datuk Dr Anderson Tiong Ing Heng.-UKAS