More
    Home Malaysia Hadiah galakan pendidikan untuk motivasi pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi-ADUN...

    Hadiah galakan pendidikan untuk motivasi pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi-ADUN Sebuyau

    SEBUYAU, 21 OKTOBER 2021 (SNN) : Selepas selesai membuat lawatan kerja ringkas di tapak kawasan baik pulih jalan di laluan Sadong Jaya, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi kemudian pada sebelah petang menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Galakan Kecemerlangan Pendidikan DUN Sebuyau.

    Penyerahan sumbangan galakan pelajar cemerlang tersebut melibatkan pelajar Darjah Enam, Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi keputusan cemerlang pada tahun 2020 dan pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tahun ini.

    Datuk Julaihi yang juga ADUN Sebuyau berkata, pada tahun ini seramai 115 orang pelajar dari sekitar DUN Sebuyau telah menerima hadiah galakan seperti juga tahun-tahun sebelumnya. Ini membuktikan ramai pelajar dari kawasan luar bandar mampu bersaing dengan pelajar yang tinggal di kawasan bandar dan mendapatkan tahap pendidikan yang lebih tinggi.

    Datuk Julaihi menyampaikan hadiah galakan pendidikan kepada salah seorang pelajar cemerlang

    Jelasnya, beliau sangat gembira dan berbangga kerana terdapat pelajar lepasan SPM dan STPM yang telah atau menerima tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat kursus ASASI dan Ijazah Sarjana Muda universiti tempatan selain ada juga yang tengah membuat persediaan untuk universiti luar negara. Harapan beliau agar anak-anak muda ini kekal maju jaya dan mampu berdaya saing dalam menimba ilmu untuk berbakti semula bagi kawasan Sebuyau ini kelak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...