More
    Home Sarawak Limbang Guru menjadi tonggak utama dalam melahirkan murid berkualiti

    Guru menjadi tonggak utama dalam melahirkan murid berkualiti

    LIMBANG, 04 FEBRUARI 2024 (SNN): Guru-guru memainkan peranan penting dalam melahirkan serta memberikan pendidikan yang berkualiti tinggi kepada anak-anak murid.

    Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata, anak-anak murid Sekolah Kebangsaan Batu Danau merupakan tanggungjawab para guru tanpa mengira mereka berada di kawasan luar bandar supaya dapat bersaing dengan murid-murid di bandar.

    Tambahnya, beliau bangga kerana kini ramai anak-anak kelahiran Limbang khususnya dari komuniti Kaum Bisaya telah berjaya melanjutkan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi malah ada yang bekerja di pelbagai sektor kementerian di Kuala Lumpur.

    “Selain cemerlang dalam bidang akademik, bersukan juga penting untuk kesihatan serta dapat mencungkil bakat-bakat lain yang ada dalam kalangan murid-murid yang mana nantinya memungkinkan mereka boleh mewakili negeri mahupun negara dalam sukan berprestij,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-61 SK Batu Danau Limbang pada Jumaat.

    Datuk Hasbi (tengah) menyempurnakan simbolik perasmian Kejohanan Olahraga Sukan ke-61 SK Batu Danau-Foto UKAS

    Dalam majlis itu juga, Datuk Hasbi turut meluluskan permohonan pihak sekolah untuk menggantikan astaka yang sudah usang di sekolah tersebut dan turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Batu Danau.

    Turut hadir sama Guru Besar merangkap Penasihat PIBG SK Batu Danau; Awang Azman Awang Wahab, Yang Dipetua PIBG Sk Batu Danau; Dayang Asan, Kaunselor; Elvis Mathew Bungsu dan Penghulu; Lalam Sambat.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...