More
    Home Malaysia Gunakan geran yang diberikan kerajaan sebaik mungkin bukannya untuk disimpan-Julaihi

    Gunakan geran yang diberikan kerajaan sebaik mungkin bukannya untuk disimpan-Julaihi

    SEBUYAU, 27 JUN 2023 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkesempatan menyampaikan sebahagian dari geran khas Kerajaan Sarawak@MRP tahunan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau kepada lebih 20 jawatankuasa tempatan.

    Julaihi yang juga ADUN Sebuyau itu menyerahkan geran berkenaan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), 20 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Majlis Guru Besar, Jawatankuasa Belia, Masjid, Surau, Pertubuhan Nelayan Kecil (PNK) Sebuyau, Pusat Dalam Kmuniti (PDK) Sebuyau dan pelbagai jawatankuasa tempatan lain bagi kegunaan menjalankan aktiviti tahunan di Pejabat Daerah Sebuyau baru-baru ini.

    Datuk Julaihi menyerahkan geran kepada salah seorang wakil jawatankuasa tempatan yang terpilih

    Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kesemua penerima geran agar membuat perancangan yang teliti dan menggunakan geran berkenaan dengan sebaik mungkin bukannya disimpan kerana ianya menyalahi pemberian geran yang diberikan untuk tujuan aktiviti jawatankuasa ataupun kelab.

    Turut hadir bersama beliau adalah Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman); Dato’ Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya, Timbalan Residen Kota Samarahan; Anuar Hj Daan dan Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bin Bujang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...