More
    Home Sarawak Kuching Graduan Melayu diseru rebut peluang pekerjaan dalam bidang yang diusahakan oleh kerajaan...

    Graduan Melayu diseru rebut peluang pekerjaan dalam bidang yang diusahakan oleh kerajaan sekaligus memberi sumbangan kepada kemajuan Sarawak

    KUCHING, 22 MEI 2022 (SNN): Para graduan Melayu diseru untuk merebut peluang yang telah diusahakan oleh kerajaan Sarawak khususnya dalam menuju aspirasi Sarawak maju menjelang tahun 2030.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu, banyak strategi dalam pelbagai bidang digariskan bagi membina semula pembangunan ekonomi, sosial dan kelestarian alam sekitar berlandaskan tiga tonggak utama pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

    “Dalam masa sama, turut sejajar dengan PCDS 2030 yang mensasarkan pembangunan seimbang di seluruh Sarawak, kestabilan politik juga perlu terus dijaga di samping menjamin keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat,” jelasnya.

    Teks ucapan beliau telah dibaca oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh selaku wakil pada Majlis Ramah Tamah Mesra Aidilfitri Dan Berjarah anjuran Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) di Hotel Raia di sini pada Sabtu.

    “Kita harus fokus dalam mempertingkat kesejahteraan masyarakat, menjaga kebajikan dan membangunkan negeri ini. Ia merupakan teras yang sentiasa ditekankan oleh kerajaan Sarawak,” jelas Datuk Amar Awang Tengah.

    Sebaik berucap, Datu Len secara peribadi telah menyatakan hasratnya untuk menyumbang peruntukan sejumlah RM20,000 untuk keperluan IGMS dalam melakukan sebarang aktiviti kemasyarakatan.

    Pada majlis itu juga, hadirin disajikan dengan pelbagai juadah Aidilfitri diikuti persembahan daripada penyanyi jemputan.

    Turut hadir di majlis itu ialah Yang Dipertua IGMS; Datu Dr Sanib Said, Timbalan Yang Dipertua IGMS; Syed Hossin Wan Amit, Setiausaha Agung IGMS; Samsol Morshidi Bujang dan ahli-ahli jawatankuasa IGMS yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Faizzil Affandi dinobat juara Qari Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sarawak...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 28 FEBRUARI 2025: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-64 telah melabuhkan tirainya di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Khamis...