More
    Home Sarawak Kuching GPS mendukung penuh Sistem Raja Berpelembagaan

    GPS mendukung penuh Sistem Raja Berpelembagaan

    KUCHING, 30 JULAI 2021 (SNN) : Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendukung penuh Sistem Raja Berpelembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan berharap kemelut politik yang sedang berlaku dalam negara ketika ini akan segera berakhir agar dapat mengutamakan isu pandemik Covid-19 yang masih melanda negara.

    Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan media memberitahu, kestabilan politik amat diperlukan selari dengan usaha negara menangani pandemik Covid-19 ketika ini.

    “Kita perlu fokus ke arah menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat disamping memulihkan semula sektor ekonomi negara. Sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini segera berakhir dan negara kita bebas dari pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan itu.

    Kenyataan media GPS

    Terdahulu, Istana Negara mengeluarkan satu kenyataan yang memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat berdukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen walhal perkara tersebut belum diperkenankan oleh Baginda.

    Al-Sultan Abdullah turut menegaskan bahawa kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 26 Julai lalu tidak wajar dan mengelirukan Ahli Dewan Rakyat yang lain.-BERNAMA

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...