More
    Home Sarawak Bintulu GPS akan pertahankan kerusi DUN Jepak bagi memastikan perancangan pembangunan dapat diteruskan

    GPS akan pertahankan kerusi DUN Jepak bagi memastikan perancangan pembangunan dapat diteruskan

    BINTULU, 21 SEPTEMBER 2023 (SNN): Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak akan tetap dimilik GPS.

    Kata beliau, kawasan DUN berkenaan mesti dipertahankan dan kekal di bawah parti GPS yang mana merupakan kerusi tradisi serta salah satu kubu kuat selain memastikan segala perancangan projek pembangunan di kawasan terbabit dapat diteruskan dengan lancar.

    “Mengenai siapa calon yang akan diletakkan itu nanti kita akan umumkan sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi DUN itu.

    “Memang kita akan letakkan calon daripada GPS menerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan sebarang ketetapan akan dibuat sebaik sahaja kita mendapat makluman terperinci selepas tarikh-tarikh penting PRK diketahui,” kata beliau ketika ditanya media selepas Majlis Pecah Tanah Onshore Gas Plant (OGP) Rosmari-Marjoram di Tanjung Kidurong, Bintulu pada Khamis.

    Pada Jumaat lepas, penyandang kerusi DUN terbabit iaitu Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching.

    Oleh itu, Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dalam kenyataannya pada Selasa telah mengemukakan satu surat kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengenai kekosongan kerusi DUN Jepak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...