More
    Home Sarawak Kuching GPS akan bertanding di kesemua 31 kerusi parlimen pada PRU-15 ini-Abang Jo

    GPS akan bertanding di kesemua 31 kerusi parlimen pada PRU-15 ini-Abang Jo

    KUCHING, 19 OKTOBER 2022 (SNN): Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di kesemua 31 kerusi Parlimen Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang ini.

    Pengerusinya Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ini berlandaskan kepada satu perjuangan iaitu Sarawak Diutamakan.

    “GPS sebenarnya sudah bersedia untuk pilihan raya (PRU-15) ini. Jadi, GPS akan mengeluarkan manifesto sendiri dan juga merupakan pertama kali bertanding atas nama sendiri.

    “Kita juga telah menubuhkan jawatankuasa untuk kita menjalankan tugas dari semua sudut bagi membolehkan GPS menjalankan amanah yang telah diberi kepada GPS melalui PRN Sarawak ke-12 dahulu.

    “Apa yang kita perlu ialah mempunyai suara yang kuat juga di peringkat Parlimen,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako, pada Selasa.

    Tambah beliau lagi, GPS juga telah mengesahkan kedudukan parti di setiap kawasan Parlimen yang ditandingi dan kesemua kawasan yang akan ditandingi ini sudah diputuskan di kalangan komponen parti dengan meletakkan calon-calon seperti yang telah dipersetujui.

    “Sekarang ini masih ada beberapa lagi kerusi yang akan kita lihat keadaannya kerana kita belum tahu tarikh hari penamaan calon,” tambahnya.

    GPS merupakan gabungan parti yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

    Pada 10 Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15 diadakan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas untuk membincang dan menentukan tarikh-tarikh penting PRU15 Khamis ini.

    Turut hadir sama Timbalan Presiden PBB; Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Presiden PRS; Datuk Joseph Salang Gandum, Presiden SUPP; Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Presiden PDP; Datuk Seri Tiong King Sing dan Naib Presiden Parti PBB, Setiausaha Agung Parti serta Ahli-Ahli Mesyuarat Tertinggi Parti.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...