More
    Home Sarawak Limbang Golongan belia perlu didedahkan dengan segala ilmu untuk meneruskan pembangunan negeri Sarawak...

    Golongan belia perlu didedahkan dengan segala ilmu untuk meneruskan pembangunan negeri Sarawak pada masa akan datang

    LAWAS, 14 DISEMBER 2021 (SNN) : Golongan belia perlu dipersiapkan dalam semua aspek dan ilmu pengetahuan supaya mereka menjadi individu mahir dan berilmu untuk memajukan lagi pembangunan Sarawak kerana mereka inilah nanti yang akan menyambung perjuangan bagi meningkatkan kemajuan negeri Sarawak dan kesejahteraan hidup masyarakat kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

    Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) berkata, para belia kita ini akan menjadi penggerak kepada perubahan masa depan yang lebih baik maka mereka haruslah mempunyai dan diberikan pendidikan dan kemahiran yang cukup. Disamping itu, golongan belia diingatkan untuk tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu yang negatif yang boleh mengganggu perkembangan pendidikan serta kestabilan dan kedamaian di Sarawak ini.

    Jangan sesekali kita khususnya golongan muda terbawa-bawa perkara yang boleh merubah ideologi kita daripada pengaruh luar yang tidak baik. Kita harus berpegang kepada nilai yang baik lebih-lebih lagi isu perkauman perlulah dijauhi kerana kerjasama semua kaum adalah kunci bagi pemerintahan di Sarawak.

    Beliau berkata sedemikian ketika hadir merasmikan program SAMApeduli Belia Cemerlang Siri I yang diadakan di Dewan Masyarakat Sundar, Lawas dan Siri II di Dewan Serbaguna Merapok, Lawas pada 11&12 Disember 2021 yang dianjurkan oleh AKYBMS dengan kerjasama Saberkas Cawangan Bukit Sari.

    Sekitar penganjuran program SAMApeduli Belia Cemerlang 2021 di Lawas pada Isnin.

    Penganjuran program yang telah dihadiri sekitar 50 orang peserta di Sundar dan sekitar 100 orang di Merapok dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa diisi dengan beberapa aktiviti dan ceramah. Antaranya, Pengisian Visi & Misi 1: Pendaki-pendaki Puncak yang telah disampaikan oleh Dr. Hamrilla Abd Latif dan beberapa Latihan Dalam Kumpulan (LDK) berkaitan dengan Jati Diri Melayu Sarawak bertujuan untuk membentuk modal insan yang berjaya dalam kalangan belia.

    Jelasnya, pihak AKYBMS berharap penganjuran program seumpama ini dapat dijalankan dengan lebih kerap pada masa akan datang dan disertai lebih banyak golongan belia dalam memastikan belia kita sentiasa utuh menghadapi cabaran serta berdaya saing dan lebih cemerlang membangunkan Sarawak Darul Hana yang tercinta ini.

    Turut hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Luar bandar II Malaysia; Datuk Hasbi Habibollah, dan Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS); Datu Dr Sanib Said.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...