More
    Home Sarawak Kuching Generasi muda harus hargai dan hayati pengorbanan pemimpin terdahulu-Awang Tengah

    Generasi muda harus hargai dan hayati pengorbanan pemimpin terdahulu-Awang Tengah

    KUCHING, 31 OGOS 2021 (SNN) : Rakyat Malaysia khususnya generasi muda kini seharusnya memupuk serta mempunyai sikap bangga dan menghayati pengorbanan pemimpin terdahulu yang berjuang bagi membebaskan negara Malaysia yang aman makmur sehingga kini dari tangan penjajah.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam ucapan beliau berkata, kemakmuran dan keamanan tanah air kita sekarang ini adalah legasi pemimpin terdahulu dan perjuangan mereka perlu diteruskan oleh generasi muda dengan memastikan negara ini kekal aman makmur serta jauh dari pengaruh jahat dari luar.

    Berucap sempena Hari Kebangsaan Malaysia 2021, beliau menjelaskan rakyat Malaysia khususnya rakyat di negeri ini perlu bersyukur kerana sehingga kini mereka dapat menyambut perayaan itu dalam suasana yang aman dan damai. Selain itu, generasi muda juga harus memahami dan menanam semangat Persekutuan Malaysia.

    Beliau berucap semasa siaran langsung di Laman Rasmi UKAS semalam.

    Tambahnya, bagi memastikan negara Malaysia ini sentiasa berada dalam keadaan stabil, maju dan aman damai tidak ada cara ain yang boleh dilakukan melainkan semua rakyat sentiasa berpegang teguh dengan kesatuan dan saling bertolak ansur dalam apa jua bentuk ideologi.

    Ujar beliau, bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan yang ke -64 ini Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengajak semua rakyat tanpa mengira pegangan agama, bangsa, budaya dan latar belakang politik untuk bersatu-padu dalam mengekalkan kedamaian lebih-lebih lagi dalam negara memerangi pandemik wabak Covid-19.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...