More
    Home Sarawak Betong Generasi muda disaran untuk mempelajari fardhu kifayah berkaitan pengurusan jenazah

    Generasi muda disaran untuk mempelajari fardhu kifayah berkaitan pengurusan jenazah

    PUSA, 12 DISEMBER 2022 (SNN): Generasi muda di kawasan kampung perlu mempelajari ilmu berhubung pengurusan jenazah, sebagai saham akhirat selain ia merupakan fardhu kifayah yang amat dituntut dalam Islam.

    Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata ini kerana mungkin masih ramai umat Islam tidak mengetahui teknik mengurus jenazah secara mendalam termasuk cara memandikan, mengkafan dan solat jenazah dengan tepat.

    “Ilmu dan cara pengurusan jenazah bukan sahaja penting bagi umat Islam, malah ia merupakan fardu kifayah sekiranya berlaku kematian,” katanya di Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Rahmaniah Pusa di sini, semalam.

    Salah satu aktiviti yang dianjurkan adalah amali mengkafankan jenazah bagi lelaki dan wanita.

    Mohamad Shafizan berkata, sekiranya tanggungjawab itu tidak diwarisi kepada generasi muda, masyarakat di kampung terpaksa mendapatkan khidmat orang luar untuk menguruskan jenazah.

    “Oleh itu, generasi muda kita digalak mempelajari cara-cara pengurusan jenazah agar ada kesinambungan melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya.

    Untuk rekod, penganjuran kursus kali ini dihadiri seramai 80 peserta khususnya daripada belia dan beliawanis dari Kmapung Pusa.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...