More
    Home Malaysia Gedong akan terus mendapat limpahan pembangunan infrastruktur di bawah pimpinan Abang Jo

    Gedong akan terus mendapat limpahan pembangunan infrastruktur di bawah pimpinan Abang Jo

    GEDONG, 31 JULAI 2023 (SNN): Daerah Gedong akan terus menikmati pelbagai limpahan pembangunan infrastruktur termasuk pembinaan sebuah hotel dan jalan raya menghubungkan Serian dan Kota Samarahan yang baharu.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ia memandangkan sambutan baik terhadap penganjuran acara seperti Pesta Gedong yang telah menyebabkan tempahan penuh buat hotel dan inap desa di sekitar kawasan Serian jadi Kerajaan Sarawak dalam perancangan untuk membina sebuah hotel bagi memenuhi keperluan itu.

    “Hotel tersebut akan dibangunkan bersama bangunan Pejabat Daerah Gedong baharu di situ bermakna banyak kerja yang sedang kita laksanakan selain daripada pembangunan seberang sungai iaitu di kawasan yang disebutkan sebagai Isthmus.

    “Mudah-mudahan ia cepat dilaksanakan selepas ditembok dalam masa enam bulan ini, dan tentu sekali kita akan membangunkan Pejabat Daerah Gedong baharu dan juga sebuah hotel sembilan tingkat yang akan kita bangun di Gedong.

    “Saya difahamkan semasa pesta ini (Pesta Gedong), hotel dan inap desa di Serian semuanya penuh. Ini bermakna, masa depan Gedong adalah cerah,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penutupan Rasmi Pesta Gedong 2023 pada malam Ahad.

    YAB Premier Sarawak menyempurnakan perasmian Pesta Gedong 2023.-foto UKAS

    Dalam pada itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari menegaskan, kerajaan Sarawak telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk memberikan kemudahan kepada kawasan Gedong dan Simunjan termasuk perancangan dan pembangunan selaras dengan pertukaran status Gedong menjadi sebuah daerah.

    Jelasnya lanjut, beliau akan mengguna pakai kaedah baharu untuk membangunkan daerah Gedong biarpun masih memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur.

    Menurutnya, antara infrastruktur yang dibangunkan adalah jalan raya yang menghubungkan Ulu Simunjan ke Gedong, penyukatan jalan baharu antara Serian ke Gedong dan pembangunan jalan dari Gedong ke Samarahan.

    Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ahli Parlimen Batang Sadong; Rodiyah Sapiee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan; Awla Dris, Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak merangkap ADUN Tupong; Fazzrudin Abdul Rahman, Penasihat (PKS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED); Datuk Mohd Naroden Majais, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Residen Bahagian Samarahan; Mohamad Irwan Bahari Bujang serta dif-dif kehormat lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...