More
    Home Malaysia Forum Perdana Ehwal Islam bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ serikan Pesta Matu 2022

    Forum Perdana Ehwal Islam bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ serikan Pesta Matu 2022

    MATU, 08 JUN 2022 (SNN): Kira-kira 400 tetamu menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam edisi ke-4 yang diadakan pada Selasa di tapak Pesta Matu 2022.

    Forum yang bertajuk ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ tersebut telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Daerah Matu dengan kerjasama Pejabat Daerah Matu.

    Ia menampilkan tiga panel iaitu Pegawai Hikmah Sibu, Ustaz Muhammad Nasrullah Zainal Abidin; pegawai Jabatan Mufti Sarawak, Ustaz Mohammad Syarifuddin Abdul Kadir dan Imam Bahagian Mukah, Ustaz Muhammad Khairi Zulkifli Abdul Rahman manakala pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Daro, Ustaz Azizan Ajiji selaku moderator.

    Difahamkan, forum itu diadakan dua kali sebulan di daerah ini bertempat di Masjid Daerah Matu dan kali ini diadakan di Pesta Matu.

    Suasana sekitar majlis Forum Perdana yang meriha dihadiri lebih 400 orang masyarakat dari sekitar Matu-Foto FB Dr Juanda Jaya.

    lan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya yang turut hadir kemudiannya menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada moderator serta ahli-ahli panel.

    Majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat serta mampu menambah ilmu dalam bidang keagamaan.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...